TUJUAN KRS
Tujuan KRS
Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:
1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat
perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif
serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia
yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai
murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
demi menjayakan Wawasan 2020.
3. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja
seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan,pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat
cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami,
menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu
memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup
bermasyarakat dan bernegara.
7. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan
kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta
berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.