Sejarah KRS

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )



Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.
Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan
Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini
dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan
pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA.
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri
daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah
untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL,
berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan
selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan
adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai
tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di
bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri
Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama
Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan
Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di
seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah
diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd
Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.
Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya,
sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas
kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama
KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama
pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah
Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993
dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada
KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka
kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.

Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah
diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri
Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong,
Kuala Lumpur.

0 Response to "Sejarah KRS"

Post a Comment

Powered by Blogger