LOGO DAN BENDERA

LOGO
Pengertian logo

Perisai
melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang
melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

Dua tangkai padi bersilang
melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehal
melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang
budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau
melambangkan alam sekitar yang sihat.

Warna merah
melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.


Warna kuning
melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna putih
melambangkan keikhlasan serta kesucian.



BENDERA

 

Warna Hijau melambangkan

Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan
merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Powered by Blogger